Janda Baik, Pahang Darul Makmur

TERATAK MALAYA, JANDA BAIK


Selamat Datang.....Ke Teratak Impian Kami..

Inilah tempatnya. Alhamdulillah...hampir 3 tahun berusaha menjadikannya realiti hijau namanya kini tergantung dipintu gerbang. Dari tiada apa ia dibina dengan setiap keringat dan kemampuan yang ada dan pengorbanan insan-insan tersayang yang tak mampu dinilai, ianya menjadi suatu yang amat disyukuri. Doakan semoga ianya terus subur menghijau dan sentiasa dirahmati...


Seumpama namanya, ‘Teratak Malaya’ adalah merupakan resort persantaian dan perkampungan latihan yang menawarkan konsep rekabentuk tradisional dengan persekitaran yang nyaman dan selesa.

Panorama alam hijau dengan kedamaian lembah bukit pastinya mengamit pengunjung untuk bersantai atau menjalankan aktiviti latihan dan seminar. Deruan aliran sungai serta siulan unggas hutan dalam kedinginan malam akan membawa kenangan seumpama berada di perkampungan silam.

Terletak pada paras 1800 kaki dari paras laut di dalam hutan hujan tropika di Kampung Janda Baik, Pahang. Hanya pemanduan selama 45 minit dari Kuala Lumpur, ini memberikan anda lebih masa dan tenaga untuk menjalankan aktiviti dan program yang telah diatur.


Teratak Malaya


Kunjungan anda kesini pasti akan memberikan kedamaian. Pintu Gerbang ini mengalu-ngalukan kedatangan anda dengan penuh kegembiraan.



Tangga ini pula akan membawa anda meneroka keindahan alam ciptaan Allah dan Usaha manusia untuk menyatukan alam dan manusia dalam harmoni agar seiring dengan kehendak Penciptanya.

Berlatarbelakangkan kehijauan flora dan fauna serta ketenangan kolam rezeki yang dipenuhi hidupan ciptaan Allah memberika kedamaian dan ketenangan dari segala kekusutan dan keletihan dalam memenuhi kehendak kehidupan hari ini.

Bunyi deruan dan ketenangan air sungai yang mengalir membelah Teratak Malaya disahut kicauan unggas yang begitu mengasyikan pasti membuat anda terleka seketika....

Dari kejauhan............................. inilah    Dewan Utama    yang mampu memuatkan 300 orang dalam satu-satu masa bagi apa jua acara. Dibina dicelah kehijau berasaskan bahan dari alam. Berpasakkan kayu hutan dan berhiaskan buloh, ditegakkan oleh kudrat manusia-manusia gigih, pastinya suatu kelainan yang bukan  selalu terlihat dek mata hari ini.

Diatasnya Musalla Ad-din  diberi nama dilengkapi Balai Santap di bahagian bawahnya untuk kemudahan pengunjung Teratak Malaya yang datang dari jauh dan dekat. Memberikan ketenangan untuk beribadah secara berjamaah dan menjamu selera beramai-ramai dengan keupayaan memuatkan seramai 200 orang.

Jika anda ingin menikmati alam di Teratak Malaya anda tak perlu pergi kemana-mana... menginaplah di teratak-teratak kami yang pasti membuat anda terasa berada didesa tercinta. Jika tidak berkesempatan untuk menginap, jangan risau... kunjungan anda tetap kami hargai...terima kasih diucapkan..
Bagi kumpulan yang ramai kami juga menyediakan asrama untuk penginapan anda. Empat blok asrama yang dibina berdindingkan buluh dan berjendela panjang pasti menjadikan penginapan anda mengujakan. Mampu memuatkan 150 orang, jemputlah jenguk-jenguk kalau nak tengok jemputlah bermalam kalau nak bersama alam.


Penat melangkah sambil  menikmati keindahan alam disekeliling Teratak Malaya, bawalah berehat di wakaf-wakaf yang disediakan untuk bersantai atau menjalankan aktiviti-aktiviti anda.

Banyak lagi yang ingin kami kongsikan bersama anda, buat kali ini cukup disini dulu... Sudi-sudilah menjengok kami di Teratak Malaya. Sambutlah salam dan pantun pengenalan dari kami;

                           Teratak Malaya nama diberi
                           Tempat indah damai sekali
                           Salam pengenalan dari kami
                           Kalau sudi jengoklah kesini


Catatan
Insan kerdil dibumi Allah
(013-2262030)


8 comments:

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Saya ingin mengetahui lokasi tempat ini, tetapi tiada alamat yang tepat disertakan disini. Tiada juga coordinate disertakan disini.
Tempat ini tiada tersenarai di Garmin map. Jadi agak susah untuk pergi ketempat ini bagi mereka yang tidak biasa kesini. Oleh itu saya menyarankan pihak pengurus Teratak Malaya menyertakan alamat atau coordinate lokasi.
Terima kasih.

bagus untuk pertemuan tahunan xktn84

so nature...=) that's true no address how to go there?? u must state your full address and also landmark for make it easier.

baru2 ini sempat saya sengaja memilih jalan lama bentung -gombak untuk ke kl..so kalau anda melalui jalan lama ni dan tentu anda akan sampai ke janda baik..setelah ada nya hiway karak,rasanya dah jarang orang menggunakan jalan lama ini kecuali untuk ke janda baik...

Landskap yg menarik. Jeram yg mengalir jernih. Baru shj menginap di teratak Malaya pd 14dec2013 yg lalu sempena famili gathering.
Komen: xde tv & xde water heater. Sila up grade. Air sgt sejuk di waktu pg. Tghri pon air sejuk juga.

Boleh dptkn quotation untjk program pelajar sekolah rendah.. jazarikhalib@yahoo.com

Salam. Di sini ada penginapan utk blik shj x? Brpa hrga utk smlman

Catat Ulasan